Monday, June 25, 2012

HARI KELUARGA SKBB

Banner Hari Keluarga SKBB
Bergambar seluruh guru dan kakitangan bersama keluarga
Taklimat acara sukaneka
Acara sukaneka yang meriah
Majlis Makan Malam Kelab Guru dan Staff bersama keluarga SKBB
Pertandingan Fesyen kanak-kanak
Hari Kedua.... mandi-manda di kolam hotel

Untuk melihat gambar-gambar lain, sila ke link Hari Keluarga SKBB

Sunday, June 24, 2012

HARI BICARA AKADEMIK

 Guru mengadakan perbincangan dengan ibubapa berkaitan akademik murid
 Ibubapa meneliti setiap keputusan peperiksaan anak
 Sementara menunggu kedatangan ibubapa, murid mengisi masa mereka menyiapkan tugasan dan membaca
 Ibubapa menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru kelas anak mereka
 Membantu ibubapa dengan menjaga adik
Terima kasih kepada Bridget Bestari kerana membantu guru mengambil gambar semasa Hari Bicara Akademik dan Sambutan Israk Mikraj (Tiada dalam gambar - En. Sahrilman)

Thursday, June 21, 2012

MENJELANG HARI KELUARGA SKBB DI GLORY BEACH RESORT PD



Inilah tempat yang akan diadakan Hari Keluarga SKBB pada Sabtu (23 Jun 2012) nanti.. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini menambahkan tautan hati dan ukhuwwah antara kita. Ribuan terima kasih kepada Kelab Staff SKBB di atas usaha murni ini dalam melaksanakannya.  (Semoga semua guru dan Staff selamat pergi dan balik dan 'happy' dengan segalanya. p/s : Pengerusi Kelab Staff)  SKBB.. Semusim bersama, seabad terasa...

Monday, June 18, 2012

SALAM ISRAK MIKRAJ.....

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SK BATANG BENAR  AKAN 
DIADAKAN PADA 22 JUN 2012 (JUMAAT). PASTIKAN SEMUA MURID HADIR BAGI MENGETAHUI HARI KEBESARAN ISLAM INI.....

Sunday, June 17, 2012

ADIK ALIFF RAZAK - NAIB JOHAN NYANYIAN SOLO DI PESTA MUZIK SEREMBAN 1


 Bergambar di tempat pertandingan, SK Kompleks KLIA.
(Tarikh pertandingan - 16 Jun 2012)

 Sebelum naik ke pentas

Latihan vocal - Sehari sebelum pertandingan

 Di sini pentas pertandingan. TAHNIAH ADIK ALIFF RAZAK.. DENGAN MENYANYIKAN LAGU PELANGI PETANG, ALIFF BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN NYANYIAN SOLO KATEGORI LELAKI PESTA MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH SEREMBAN SATU 2012. ANDA KEBANGGAAN SKBB...

Friday, June 15, 2012

JOM BERAMAL JARIAH....



MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN / PA SYSTEM / KARPET UNTUK PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN MENGIMARAHKAN SURAU AL-RAUDHAH SK BATANG BENAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Batang Benar sedang melaksanakan Projek Penambahbaikan dan Mengimarahkan Surau Al-Raudhah SKBB. Anggaran perbelanjaan projek tersebut ialah sebanyak RM 10,800.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Lapan Ratus Ringgit Sahaja).

3. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan berbentuk kewangan, PA Sistem ataupun karpet bagi membantu menjayakan projek yang telah dirancang. Sumbangan pihak tuan/puan bolehlah disalurkan seperti butiran di bawah:

NAMA PENERIMA      : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR
NAMA BANK               : MAYBANK BERHAD CAWANGAN MANTIN
NO. AKAUN                 : 005082104936

4. Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Noor Izzuddin Mat Zain di talian 019-9333913. Segala sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan ke arah menjayakan usaha murni ini amatlah kami hargai dan pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sekian.

‘Usia Akan Berakhir, Pastikan Pahala Terus Mengalir’


Saya yang menjalankan tugas,

EN SAZALI BIN ABD MAJID
YDP PIBG SK Batang Benar

Wednesday, June 6, 2012

PENGHARGAAN KEPADA KUMPULAN BORIA SK TAMAN SERI RAMPAI


Melihat video di atas mengingatkan admin kepada persembahan boria semasa Hari Guru. Terkejut juga bila mendapat undian kena buat persembahan boria di depan murid sedangkan sebelum ini tidak pernah sekalipun berboria. Walaubagaimanapun di atas kepercayaan guru besar dan sporting rakan sekumpulan, ditambah pula mendapat tahu sekolah lama admin (SKTSR) baru sahaja memenangi pertandingan boria, admin mula mencari-cari maklumat tentang boria untuk persembahan kumpulan kami.

LATAR BELAKANG SEJARAH : Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Dibawa oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19. Pada mulanya sebagaimana amalan Syiah, mereka melahirkan kedukaan di atas peristiwa tersebut dengan menyeksa diri sendiri. Namun, perubahan masa dan sekatan terhadap penyebaran pemahaman Syiah menyebabkan boria mengambil bentuk baru.

Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.

Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan hendaklah sesuai, jika cerita Arab maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Begitu juga dengan muzik dan tarian yang dimainkan juga mirip bentuk Arab termasuklah bahasa yang digunakan pun telor Arab. Sketsanya banyak unsur nasihat berdasarkan isu semasa/isu keluarga dalam mengharungi kehidupan seharian.
 

Itu adalah sedikit maklumat tentang boria. Bagaimanapun, di peringkat sekolah, boria digunakan untuk menyampaikan mesej dan pesanan bermanfaat kepada pendengar. 

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Norasyikin (pengurus dan jurulatih boria SKTSR), En Zainuddin (menyediakan minus one) dan Pn Hjh Khalsom bt Ahmad (Guru Besar SKTSR) kerana sudi memberi pertolongan dan berkongsi bahan boria ini, pada mulanya admin memang tercari-cari bahan terutama minus one boria dan idea untuk persembahan. (video di atas amat membantu, tetapi tidak sehebat persembahan mereka kerana latihan kumpulan kami cuma sehari sahaja). Pertolongan anda semua amat kami hargai.

Dan secara peribadinya, admin begitu kagum dengan persembahan hebat murid-murid lama admin di SKTSR dulu (rasanya mengajar mereka di tahun 3 dulu) kerana amat berkeyakinan ketika berada di pentas. Tahniah admin ucapkan! Realitinya ramai pelajar-pelajar hebat dan pandai dalam pelajaran sekarang tetapi tidak ramai yang berkeyakinan ketika berucap atau berada di pentas. Ini merupakan satu kelebihan dan inipun merupakan satu penilaian kepada murid-murid khususnya ketika memohon sekolah-sekolah terpilih selepas UPSR nanti.

** InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar murid-murid SKBB pun ramai yang hebat dalam pelajaran dan berkeyakinan ketika berada di hadapan. Amin!

Sunday, June 3, 2012

KEINDAHAN SENI KHAT




 
Islam memandang tinggi keindahan seni, lebih-lebih lagi seni khat yang berkait rapat dengan Kalamullah dan sabda Rasulullah S.A.W. sehingga Allah S.W.T bersumpah di dalam Al-Quran dengan pena dan tulisan yang bermaksud:
Nun, demi Qalam dan apa yang mereka tulis”.
(Surah al-Qalam : 1)
Allah S.W.T dengan segala sifat kesempurnaanNya amat menyukai keindahan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Maha Indah dan suka kepada keindahan”.
(Riwayat al-Bukhari)
Seni Khat merupakan bidang kesenian Islam yang kudus dan penting dalam perkembangan tamadun Islam. Dengannya, usaha memelihara Al-Quran yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat dapat dilaksanakan.
Peranannya yang begitu penting, telah menjadikan gerakan dakwah Islamiyah dan penyebaran ilmu Islam dapat dilakukan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar dengan pena (dengan perantaraan Qalam). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-‘Alaq : 3-5)
Mempelajari tulisan juga penting kerana ia adalah satu cara untuk mencatat Kalamullah dan hadith, bagi memastikan keberkekalan dan penyebarannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Catatlah ilmu dengan tulisan”.
Ini memberi suatu gambaran jelas akan peri pentingnya seni khat yang tidak hanya dilihat daripada aspek kesenian dan peranannya sahaja malah juga daripada aspek kerohanian, sebagai suatu uslub (pendekatan) untuk membentuk jiwa ke arah jalan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Ayat-ayat Al-Quran, doa-doa daripada hadith, kata-kata ulama yang dicerna dan dijelmakan melalui seni khat, menjadi suatu inspirasi dan motivasi bagi kita dalam menegakkan amalan-amalan yang bersumberkan kepada Al-Quran, yang dituntun oleh Rasulullah S.A.W juga para ulama. Tidak hanya dipandang dan menjadi hiasan semata-mata, tetapi juga sebagai tatapan yang bisa menyentuh hati, seterusnya menjadi suatu tazkirah (peringatan) untuk kita yang natijahnya membawa kepada membesarkan Allah S.W.T serta merasa kemanisan beribadah.
Semoga dapat kita sama-sama mengambil menfaat kearah kehidupan yang berseni dengan adanya seni dalam penghidupan.

Untuk melihat lebih lanjut dan belajar khat, layari blog ini.
http://callidesign.blogspot.com/2012/05/keindahan-seni-khat.html
http://akudankhat.blogspot.com/