Friday, May 18, 2012

TENAGA PENGGERAK SKBB TAHUN 2012

BARISAN PENTADBIR SKBB
GURU DAN STAF SKBB
BARISAN GURU LELAKI SKBB
BARISAN STAF SKBB
http://s1056.photobucket.com/albums/t365/skbatangbenar/BOWLING%20SKBB/?albumview=slideshow

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKBB

Hari Guru SKBB bermula dengan acara padang. Permainan bowling kelapa yang menyeronokkan!
Guru bersemangat semasa permainan isi air dalam botol
Permainan tuju tin, guru menyusun balik tin selepas dijatuhkan
Pertandingan Menembak menggunakan senapang Paintball. seramai 22 orang guru menyertai pertandingan ini dan ianya memberikan pengalaman baru kepada guru. Kredit kepada Cikgu Sahrilman atas kesudian menyediakan peralatan.
Selepas rehat, bermula acara dewan. Guru bersama di pentas semasa membaca ikrar guru dan menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'


Persembahan Boria daripada Kumpulan Tuan Guru Besar
Bergambar selepas selesai membuat persembahan. Kumpulan Pn Zainah (PKKO) berjaya menarik perhatian murid dengan membuat persembahan tarian

Sketsa daripada Kumpulan En Syamsuddin (PKHEM)


Kumpulan Pn Suziana cantik dengan pakaian seragam kumpulan mereka
Anugerah Guru Paling Popular SKBB tahun 2012. Terima kasih kepada murid di atas undian anda...
Guru Besar memotong kek semasa jamuan guru di kantin

Monday, May 14, 2012

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH & PENGAKAP KANAK2 MERIAH

 Kem Komandan yang banyak berperanan dalam perkhemahan ini... semasa Slot Tali-Temali
 Peserta perkhemahan mengambil peluang belajar teori dan terus mempraktikkan ilmu yang diajar
 Riang selepas menyelesaikan tugasan stesen kedua iaitu membuat gadjet
 Gadjet yang paling cantik dan kemas iaitu gadget tempat meletak pinggan mangkuk yang berjaya dibina oleh peserta.. Tahniah diucapkan!
 Gadjet menjemur kain....
Yang ni... paling best! Peserta terpilih dapat mencuba senapang Paintball... bukannya mudah untuk kena tepat pada sasaran...
 Majlis Penutup Perkhemahan... Tuan Guru Besar bergaya dengan sut penuh pakaian Pengakap
PKKO menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Besar......

2 hari 1 malam yang amat menyeronokkan..... Pelbagai aktiviti yang memberikan banyak ilmu dan pengalaman kepada guru dan murid... ditambah dengan beberapa perkara diluar jangkaan seperti sambutan hari lahir dengan gimik dan juga hujan lebat jam 4.30 pagi sehingga memaksa peserta keluar daripada khemah, pasti ianya akan meninggalkan kenangan manis dalam hidup peserta... Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini... jasamu dikenang!!

Saturday, May 12, 2012

SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN-RAKAN GURU SKBB

DARIPADA ADMIN...

Video dan puisi ini ditujukan kepada rakan-rakan guru SKBB, SELAMAT HARI GURU CIKGU SEMUA...

Guru Oh Guru.......
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989
.

Thursday, May 10, 2012

TAKLIMAT HARI GURU PERINGKAT SKBB

Ustaz Sheikh Abdul Munir selaku Pengerusi Kelab Staf SKBB memulakan taklimat dengan kata-kata aluan.

Puan Azliana memberi penerangan tentang perjalanan Program Hari Guru, pembahagian kumpulan dan lain-lain

17 Mei 2012 - akan berlangsungnya Hari Guru peringkat sekolah. Semoga ianya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA 2012

Peperiksaan Semester Pertama berlangsung pada 8 Mei sehingga 11 Mei 2012. Semoga murid-murid hadapinya dengan persediaan yang cukup, Ma'a taufiq wannajah!

Saturday, May 5, 2012

PESAN CIKGU.......

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA KEPADA SELURUH MURID SK BATANG BENAR. KAMI GURU-GURU SKBB SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA... MA'A TAUFIQ WANNAJAH!

BENGKEL MATEMATIK UPSR SKBB

Murid-murid tahun 6 menumpukan sepenuh perhatian terhadap penerangan guru semasa sesi bengkel Matematik UPSR baru-baru ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Semoga tahun ini meningkat calon UPSR SKBB yang dapat 5A insyaAllah.

Wednesday, May 2, 2012

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING GURU & STAF SKBB SIRI KE 4

Kawasan Permainan Bowling di Jusco Seremban 2 baru-baru in (29 April 2012) dipenuhi dengan suara sorakan dan gelak ketawa warga SKBB yang menyertai pertandingan tenpin bowling tersebut. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.. tidak dinafikan memang terdapat peningkatan dalam pemarkahan berbanding siri-siri sebelumnya. Terima kasih diucapkan kepada penganjur kerana merancang dan melaksanakan aktiviti tersebut. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim diantara kita dan dapat berhibur... kami hilang stres dengan aktiviti tersebut!

SAMBUTAN HARI LAHIR GURU & STAF DAN POTLUCK SKBB MERIAH

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Guru dan Staf yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari - April.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, dan selamat dunia akhirat. Terima kasih diucapkan kepada guru yang menyediakan hidangan semasa potluck pada hari tersebut. Semoga program ini dapat merapatkan ukhuwwah diantara kita.  Amin!

Tuesday, May 1, 2012

BICARA BERIRAMA SKBB DI SK WAWASAN




Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bicara Berirama SKBB telah menyertai Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Seremban 1 bertempat di SK Wawasan baru-baru ni. Persembahan yang menarik daripada kumpulan sekolah kita. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada guru-guru yang melatih dan menghantar pelajar ke pertandingan baru-baru ini.