Monday, April 30, 2012

AMALKAN 4 PERKARA SEBELUM KE SKBB

1)  Puji Allah SWT dengan menyebut Alhamdulillah semasa bangun tidur
2)  Berwuduk selepas mandi
3)  Bersolat Subuh (Murid perempuan yang uzur boleh berwuduk sahaja)
4)  Membaca Doa Keluar Rumah, Mulakan langkah dengan kaki kiri

(Pesanan daripada PKHEM SKBB)

Saturday, April 28, 2012

KUMPULAN NASYID SKBB DI FESTIVAL NASYID SMK MANTIN

Tahniah kepada Kumpulan Nasyid SKBB, Anda semua telah persembahkan persembahan yang hebat pada festival nasyid kali ini. Walaubagaimanapun, kalah atau menang… itulah adat mana-mana pertandingan. Kita tidak ada rezeki kali ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apapun ikhlas daripada admin, walaupun kita tidak ada rezeki kali ini, tetapi kita menang dari sudut kesabaran, kerjasama diantara kita semasa jalani latihan, itu adalah suatu yang berharga.. Kita cuba lagi tahun depan dan jangan sesekali berputus asa! Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih-jurulatih nasyid yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam melatih murid-murid, dan terima kasih juga kepada pihak yang membantu.. InsyaAllah admin dalam proses meng'upload' video persembahan nasyid dan juga persembahan bicara berirama SKBB ke dalam blog ini untuk tontonan kita bersama. Hidup SKBB!

Monday, April 23, 2012

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU

Sama-sama kita muhasabah diri... mungkin tanpa disedari, kitapun pernah melukai perasaan  kedua orang tua kita. Ya Allah, jauhi kami daripada menjadi anak derhaka, kerana ianya salah satu daripada dosa besar yang dijanjikan azab di akhirat nanti..

Friday, April 20, 2012

LATIHAN NASYID MENJELANG FESTIVAL NASYID MTAQ



KUMPULAN NASYID SKBB BERSUNGGUH-SUNGGUH MENJALANI LATIHAN MENJELANG FESTIVAL NASYID MTAQ 28 APRIL YANG AKAN BERLANGSUNG DI SMK MANTIN NANTI. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU YANG MELATIH DAN MURID YANG TERLIBAT DI ATAS KESUNGGUHAN MEREKA. KITA DOAKAN KEJAYAAN MEREKA. SKBB BOLEH!

Wednesday, April 18, 2012

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING SIRI KE 4 BULAN APRIL

Assalamualaikum WBT. Dimaklumkan bahawa Pertandingan Tenpin Bowling Guru-guru dan Staf SKBB Siri ke 4 untuk bulan April akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 April 2012 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Jusco Seremban 2
Tema pakaian : Merah

Penyertaan anda semua amat dialu-alukan dan akan memeriahkan lagi acara tersebut. Sebarang pertanyaan dan pembayaran sila berhubung dengan Cikgu Sahrilman. Terima Kasih...

Friday, April 13, 2012

AKTIVITI BACAAN YASIN MURID TAHUN 6

Beginilah suasana di surau SKBB pada setiap Jumaat jam 7.30 - 8.30 pagi. Semua murid tahun 6 berkumpul bersama-sama beberapa guru dalam mengadakan aktiviti membaca Surah Yasin. Kami sama-sama mengadakan aktiviti ini atas 3 tujuan :

1) Moga dengan bacaan Surah Yasin dan keberkatan majlis, ia dihadiahkan kepada kaum-kerabat dan saudara mara warga SKBB yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat olehNya.
2) Moga dengan keberkatan majlis ini, mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kami terutamanya bagi murid.murid tahun 6 yang bertungkus-lumus dengan persediaan UPSR mereka. Semoga tahun ini memberikan kecemerlangan kepada sekolah dan bertambah calon yang mendapat 5A insyaAllah.
3) Semoga dengan keberkatan majlis ini juga, sekolah SKBB yang amat kami sayangi sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT, penuh dengan suasana berkasih-sayang diantara kami, bersatu hati dan sentiasa bekerjasama diantara kami selain dijauhkan daripada perkara-perkara buruk dan gangguan-ganguan yang tidak diingini.
Terima kasih kepada guru-guru yang menjadi penggerak utama kepada aktiviti ini iaitu En Syamsuddin (PKHEM), Ustaz Razi, Ustaz Sheikh Abdul Munir, Ustaz Noor Izzuddin dan Pn Norlila Nordin serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini

Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang memberikan kerjasama yang baik serta menjaga adab-adab ketika berada di surau. Kami semua guru sentiasa mendoakan kejayaan anda semua di dunia dan akhirat. Amin!

Tuesday, April 10, 2012

TERUJA BELAJAR DI BILIK GERAKAN

 KELAS 5 UNGGUL BERPELUANG UNTUK BELAJAR DI BILIK GERAKAN WALAUPUN SEBENARNYA BILIK INI DIKHASKAN UNTUK GURU
            MURID KHUSYUK MENDENGAR PENGAJARAN GURU MENGGUNAKAN LCD PROJEKTOR
KERJASAMA YANG BAIK DARIPADA MURID... SYUKRAN

Sunday, April 8, 2012

ANDA TENSION, JOM TENGOK VIDEO INI!


Teruskanlah.....
Teruskanlah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruskanlah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruskanlah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruskanlah bertahan, hingga kemalasan itu malas menyertaimu.
Teruskanlah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu...

Saturday, April 7, 2012

DARIPADA ADMIN

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah izinNya, 6 April 2012, admin diberikan kekuatan olehNya untuk menyiapkan tapak blog SK Batang Benar. InsyaAllah penambahbaikan akan dibuat dari masa ke masa. Terima kasih kepada pihak pentadbir di atas amanah yang diberi dan admin cuba buat yang terbaik berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada.

Pembinaan blog ini bertujuan sebagai “platform” untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan SK Batang Benar kepada semua khususnya guru, murid, ibubapa penjaga dan masyarakat luar. Selain itu admin dalam proses untuk mewujudkan slot forum dalam blog ini untuk memudahkan interaksi antara guru, murid dan juga ibubapa penjaga. Bagi murid pula, insyaAllah akan ada “post” daripada guru-guru berkaitan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk anda semua. Semoga dengan wujudnya blog ini boleh memberikan banyak faedah dan manfaat kepada kita semua insyaAllah. Salam Ukhuwwah untuk semua. 
(Daripada Ustaz Izzuddin – Admin Blog SK Batang Benar)

Friday, April 6, 2012

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN DAN QM SKBB

KETUA PENGAWAS MENGETUAI BACAAN IKRAR

BERGAMBAR SELEPAS SELESAI MAJLIS

Gambar yang lain terdapat di linkhttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=237330133031910&set=a.237330049698585.49693.158966910868233&type=3&theater

PERTANDINGAN BOWLING SKBB

 
BERSEMANGAT SEMASA PERTANDINGAN
  CIKGU RIZAL BERUSAHA MENDAPATKAN MATA
PEMENANG MENERIMA HADIAH DARIPADA GURU BESAR

Lagi banyak gambar terdapat dalam fanpage facebook (Kelab Staff SKBB)

PASUKAN BOLA SEPAK SKBB

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKBB kerana membawa cabaran peringkat daerah walaupun kalah pada pusingan kedua, gempur tetap gempur.... bukan mudah pasukan lain nak menang.... Tahniah kepada jurulatih dan guru...