Friday, April 13, 2012

AKTIVITI BACAAN YASIN MURID TAHUN 6

Beginilah suasana di surau SKBB pada setiap Jumaat jam 7.30 - 8.30 pagi. Semua murid tahun 6 berkumpul bersama-sama beberapa guru dalam mengadakan aktiviti membaca Surah Yasin. Kami sama-sama mengadakan aktiviti ini atas 3 tujuan :

1) Moga dengan bacaan Surah Yasin dan keberkatan majlis, ia dihadiahkan kepada kaum-kerabat dan saudara mara warga SKBB yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat olehNya.
2) Moga dengan keberkatan majlis ini, mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kami terutamanya bagi murid.murid tahun 6 yang bertungkus-lumus dengan persediaan UPSR mereka. Semoga tahun ini memberikan kecemerlangan kepada sekolah dan bertambah calon yang mendapat 5A insyaAllah.
3) Semoga dengan keberkatan majlis ini juga, sekolah SKBB yang amat kami sayangi sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT, penuh dengan suasana berkasih-sayang diantara kami, bersatu hati dan sentiasa bekerjasama diantara kami selain dijauhkan daripada perkara-perkara buruk dan gangguan-ganguan yang tidak diingini.
Terima kasih kepada guru-guru yang menjadi penggerak utama kepada aktiviti ini iaitu En Syamsuddin (PKHEM), Ustaz Razi, Ustaz Sheikh Abdul Munir, Ustaz Noor Izzuddin dan Pn Norlila Nordin serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini

Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang memberikan kerjasama yang baik serta menjaga adab-adab ketika berada di surau. Kami semua guru sentiasa mendoakan kejayaan anda semua di dunia dan akhirat. Amin!

No comments:

Post a Comment