Thursday, August 16, 2012

DARIPADA ADMIN


Assalamualaikum wbt... 

Kepada seluruh warga SKBB, saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Lebih kurang 5 bulan berada di SKBB, pasti ada pihak yang mungkin terasa hati, tapi demi Allah, kalau adapun ia bukan disengajakan. Pohon maaf sekali lagi atas segala salah dan silap. Dan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberi. 

Daripada saya, saya bersihkan hati dengan memaafkan segalanya yang terpendam sebelum ini khususnya kepada murid-murid SKBB. Semoga ukhuwwah antara kita berkekalan dan dirahmati Allah. Doakan kami... 

(Daripada Admin : Noor Izzuddin Mat Zain dan keluarga (Nur Hanani Hussin, Ahmad 'Atiq dan Amin Siddiq)

Sunday, August 5, 2012

PESANAN KEPADA MURID2 SKBB - Jangan main mercun!

Biasanya nak dekat raya ini, adalah kes kanak-kanak dan remaja cedera kena mercun.. Harap ianya tidak berlaku kepada murid SK Batang Benar.. Hargailah tubuh badan kita yang sempurna ini kerana jika berlaku seperti di dalam gambar di atas, menyesalpun tidak berguna. 

Friday, August 3, 2012

TAKLIMAT PERTAMA MAJLIS SEMAIAN WAHYU SEREMBAN 1

1 Ogos 2012 - Wakil guru dari sekolah-sekolah bawah Seremban 1 datang ke SK Batang Benar untuk mendapatkan maklumat tentang Majlis Semaian Wahyu.
Taklimat diberikan oleh Ustaz Khairuzzaman, penolong pengarah PPD Seremban Sektor Pendidikan Islam
22 September 2012 - SK Batang Benar menjadi tuan rumah Majlis Semaian Wahyu Seremban 1. Acara dipertandingkan ialah Kalam jamaie, Dikir Arab, Kuiz j-QAF dan Tilawah Al-Quran

Thursday, August 2, 2012

FASA KEDUA RAMADAN - KEAMPUNAN


SALAM RAMADAN PENUH BARAKAH KEPADA SEMUA... Ramadan dah masuk fasa yang kedua.. KEAMPUNAN. Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita yang berlambak banyaknya. Sekadar makluman, 7 Ogos 2012 (SELASA) akan diadakan Ceramah Nuzul Al-Quran bertempat di dataran sekolah jam 7.30 - 8.30 pagi. Kita sama2 doakan agar cuaca ok kerana nakbagi peluang semua murid menyertainya. Alhamdulillah, sekali lagi Alang Naemi datang ke SKBB untuk menyampaikan ceramah ini, jemputan khas, mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada kita semua. RAMADAN... BULAN PENURUNAN AL-QURAN!