Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Jam 12.00 tengahari, keputusan UPSR tiba di sekolah. Guru menyemak keputusan sebelum diumumkan.
Hadiah kepada calon yang mendapat 5A
Ucapan dan ulasan daripada pentadbir berkenaan keputusan UPSR 2012
Pn Suziana (GPK1) menyerahkan slip keputusan kepada murid
Seperti dijanjikan oleh pihak sekolah, calon UPSR 5A mendapat hadiah basikal
Calon 5A dan 4A bergambar bersama guru
Juga bergambar bersama ibubapa. Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR SKBB 2012 di atas kejayaan dalam meningkat prestasi sekolah secara keseluruhan dalam UPSR tahun 2012. Tahniah juga murid-murid yang mendapat 5A dan 4A di atas kejayaan mendapat keputusan yang diharapkan. Tidak lupa juga kepada tenaga penggerak SKBB yang terdiri daripada guru-guru dengan kerjasama ibubapa penjaga di atas usaha murni. Hanya Allah jua mampu membalasnya. Semoga kita dapat meneruskan kerjasama dalam memastikan kecemerlangan ini pada masa-masa akan datang Insyaa Allah. Untuk melihat gambar lain sila klik KEPUTUSAN UPSR 2012

Thursday, November 15, 2012

PEMENANG PERTANDINGAN TMK.. TAHNIAH!!

Tahniah kepada para pemenang pertandingan menghasilkan Powerpoint TMK. Untuk melihat gambar lain, sila klik TMK DAN POLIS

Sunday, November 11, 2012

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6

Bergambar sebelum naik ke pentas
Menunggu giliran
Graduasi tahun 6, maka tamatlah persekolahan di sekolah rendah
Persembahan murid tahun 6
Untuk melihat gambar lain sila klik ALBUM SKBB

Saturday, November 10, 2012

JASAMU DIKENANG

Hari terakhir Ustazah Rafeah berkhidmat di SKBB
Murid mengambil kesempatan bersalaman, mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas segala salah dan silap. 17 Disember nanti majlis beliau dengan guru dan kakitangan di Puri Pujangga Hotel.
Seorang guru yang peramah, disenangi murid dan rakan sekerja dengan sifat yang 'mudah kira'
Januari 2013, Ustazah Rafeah akan memulakan khidmat beliau di Melaka setelah 5 tahun menabur bakti di SKBB. Sekalung penghargaan kepada Ustazah Rafeah atas sumbang bakti beliau. Hanya Allah jua mampu membalasnya. Kami warga SKBB mendoakan agar Ustazah berjaya dalam apa jua lapangan, di dunia dan akhirat. Amin!

Friday, November 9, 2012

PENAMBAHBAIKAN SURAU SKBB

Alhamdulillah, setelah pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah dan bantuan luar, projek penambahbaikan surau SKBB berjaya dilaksanakan. InsyaAllah surau ini dapat digunakan sepenuhnya awal tahun depan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamanya ibubapa yang menyumbangkan dana dalam menjayakan projek penambahbaikan ini. Budi tuan / puan hanya Allah sahaja mampu membalasnya. Sedikitpun tidak rugi kerana ianya saham di akhirat. USIA AKAN BERAKHIR, PASTIKAN PAHALA TERUS MENGALIR.

Saturday, November 3, 2012

PENUTUP KEM BESTARI SOLAT 2012

Barisan fasilitator jemputan dari Institut Perguruan Islam Bangi, terima kasih atas kesudian datang ke sekolah kami mencurahkan ilmu kepada murid-murid. Semestinya murid seronok mendapat ilmu daripada abang-abang dan kakak-kakak yang juga bakal guru, semoga kalian menjadi pendidik cemerlang suatu hari nanti. InsyaAllah akan ada program lain yang menyusul memerlukan khidmat anda semua.

Untuk melihat gambar lain, sila klik PENUTUP KEM BESTARI SOLAT 2012

Friday, November 2, 2012

MEREKA KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah! Ahli kumpulan Nasyid SK Batang Benar bergabung dengan ahli kumpulan nasyid SK Dato' Abu Bakar Baginda mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Nasyid KAP peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Ayer Keroh Melaka pada 3 November 2012. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. Anda kebanggaan kami...

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Sambutan Hari Kanak-kanak SKBB pada 30 Oktober 2012
Pertandingan membuat kad ucapan
Hadiah kepada pemenang
Adik Muqri Thaqif membaca doa untuk majlis penutup
Ucapan daripada ketua murid
Majlis diceriakan dengan kehadiran maskot Ayamas.. Murid betul-betul terhibur!
Bergambar bersama maskot..
Mengambil peluang bergambar bersama
Diteruskan dengan pertandingan bintang kecil
Murid yang memenangi acara yang dipertandingkan
Murid yang membuat persembahan






Untuk melihat gambar lain sila klik SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK