Saturday, November 10, 2012

JASAMU DIKENANG

Hari terakhir Ustazah Rafeah berkhidmat di SKBB
Murid mengambil kesempatan bersalaman, mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas segala salah dan silap. 17 Disember nanti majlis beliau dengan guru dan kakitangan di Puri Pujangga Hotel.
Seorang guru yang peramah, disenangi murid dan rakan sekerja dengan sifat yang 'mudah kira'
Januari 2013, Ustazah Rafeah akan memulakan khidmat beliau di Melaka setelah 5 tahun menabur bakti di SKBB. Sekalung penghargaan kepada Ustazah Rafeah atas sumbang bakti beliau. Hanya Allah jua mampu membalasnya. Kami warga SKBB mendoakan agar Ustazah berjaya dalam apa jua lapangan, di dunia dan akhirat. Amin!

No comments:

Post a Comment