Thursday, July 26, 2012

PEPERIKSAAN PRA UPSR




Goodluck murid Tahun 6 SKBB... 49 hari menjelang UPSR sebenar!!

SUASANA IHYA' RAMADAN SKBB

Bacaan Al-Quran membuka tirai Ihya' Ramadan SKBB..  (Semasa Majlis Perasmian Ihya' Ramadan SKBB)
Juga dilancarkan Tabung Ihya' Ramadan... Tabung ini berjalan sepanjang bulan Ramadan dan kutipan akan diagihkan untuk anak-anak yatim dan murid-murid daripada keluarga miskin

Dewan terbuka sentiasa digunakan sepanjang bulan Ramadan dengan aktiviti Tadarrus Al-Quran
Aktiviti Tadarrus Al-Quran semasa waktu rehat
Sepanjang bulan Ramadan, sebelum P&P berlangsung, murid-murid diarahkan agar membaca niat puasa dan doa ketika berbuka puasa sebagai pengukuhan terhadap murid.

Saturday, July 21, 2012

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN

Assalamualaikum wbt...

PENGUMUMAN... pada 23 Julai 2012 (Isnin) akan diadakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan Peringkat SKBB. Pada majlis tersebut diadakan :
1) Taklimat Ihya' Ramadan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam
2) Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
3) Gimik
4) Persembahan
5) Doa Ramadan

Permintaan daripada Panitia Agama Islam

* Kepada murid yang berkesempatan, sila bawa lirik lagu "Harapan Ramadan" nyanyian Raihan & Manbai (klik Lirik Harapan Ramadan untuk dapatkan lirik) Lagu ini akan dinyanyikan bersama-sama semasa majlis nanti. Lirik untuk guru akan dibekalkan melalui buku program.
* Panitia Agama Islam menggalakkan semua murid bersedekah sepanjang bulan Ramadan. Duit yang terkumpul akan diagihkan kepada anak yatim dan mereka yang memerlukan. Justeru, kepada warga SKBB, sila sediakan duit untuk disumbangkan pada Isnin nanti kerana Tabung Ihya' Ramadan akan dilancarkan pada majlis tersebut.

Segala kerjasama, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian

Daripada,
Ustaz Noor Izzuddin

Friday, July 20, 2012

AHLAN WASAHLAN RAMADAN KAREEM



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim! 
Kau datangkan lagi Ramadhan buat kami
Ketika kami masih tidak mampu mensyukuri RamadhanMU yang lalu
Hari-hari Mu sebelum ini kami lalui
Tanpa isi
Tanpa makna
Tanpa syukur
Bahkan dengan sikap takabur dan ego, kadangkala kami lupa bahawa Engkaulah penentu
Kadangkala kami merasa kebenaran itu hanya punya kami
Dalam Doa kami……
Sering kami sampaikan dengan memaksa
Seolah kami lah yang lebih tahu daripadaMU, Tuhan yang Maha Tahu
Doa kami bukan harapan, tetapi satu keperluan
Dan ketika ada sesuatu yang tidak KAU kabulkan
Seolah hilang seluruh nikmat yang KAU limpahkan


Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik kami
Berikanlah kami kekuatan, kesihatan dan semangat yang jitu 
untuk beribadah pada bulan yang mulia ini.
Andaikata ini adalah Ramadhan terakhir kami,
Jadikanlah Ramadhan ini sebagai tiket kami untuk ke syurgaMu.
Kami memohon, kami mengharap.... Rabbi.. mudahkanlah laluan kami ke syurgaMu

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA...

Daripada,
Admin Laman Blog SKBB

Sunday, July 15, 2012

VIDEO KEM IBNU SOLEH 2012


Assalamualaikum. Ni antara video yang admin sempat upload... ada lagi dalam simpanan.. menyusul kemudian...

Saturday, July 14, 2012

KEM IBNU SOLEH 2012

Kem Ibnu Soleh bermula dengan Slot bimbingan Sahsiah oleh Alang Naemi, 
penceramah jemputan
Pemasangan khemah, alhamdulillah cuaca baik sepanjang kem, 
murid selesa berada di khemah
Slot LDK yang dikendalikan oleh fasilitator jemputan dari UIAM Gombak
Slot 'Burung Hantu'... mengajar murid tentang keberanian, berdikari dan 
kebergantungan hidup hanya dengan Allah sahaja dalam apa jua situasi
Slot yang mendapat perhatian pelajar... ceramah sembelihan halal diikuti
 dengan praktikal sembelihan
Kumpulan yang memenangi Malam Kebudayaan Islam Kem Ibnu Soleh 
sekali lagi membuat persembahan di Majlis Penutup Kem
Cenderahati daripada pihak sekolah kepada Ustaz Darmadi bin Zulkifli, 
Penolong Pengarah Pendidikan Islam Elektif JPNS
Bersalaman merapatkan ukhuwwah... slot terakhir Kem Ibnu Soleh
Bergambar bersama
Untuk melihat gambar-gambar lain, 
sila klik pada  FOTO KEM IBNU SOLEH 2012

Thursday, July 5, 2012

SKBB ENGLISH WEEK


Sepanjang minggu ini banyak aktiviti dijalankan sempena English Week.. Untuk melihat gambar-gambar lain, sila klik pada link SKBB ENGLISH WEEK

KENANGAN DI SM SAINS SELANGOR (SEMASA LATIHAN DALAM KUMPULAN)


LAWATAN MURID TAHUN 6 KE SM SAINS SELANGOR

Sebelum bertolak, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh Ustaz Sheikh tentang adab-adab semasa lawatan
Semasa perjalanan ke sana
Ucapan penghargaan daripada wakil SKBB atas kesudian pihak sana menerima kunjungan
Pn Zainah menyampaikan cenderahati kepada Pengetua SMSS
Aktiviti diteruskan dengan slot yang dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 SMSS
Semasa LDK
Bergambar sebelum pulang
Dalam perjalanan pulang, singgah sekejap di Festival Bunga dan Taman di Putrajaya

Untuk melihat gambar lain, sila klik pada link ini Lawatan Tahun 6 ke SMSS

Tuesday, July 3, 2012

PERTANDINGAN BOWLING SKBB SIRI KE 6

Guru dan Staf yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Bowling
Strike!!!
'Suprise' kepada Pn Suziana (PK1) - Tarikh pertandingan sama dengan tarikh hari ulangtahun kelahiran beliau (1 Julai)
Sambutan Hari Ulangtahun kelahiran Pn Suziana - Allah selamatkan kamu!!!
Hadiah kepada para pemenang.. Tahniah!!
Untuk melihat gambar-gambar lain, 
sila ke link ini Pertandingan Bowling Siri ke 6