Saturday, July 21, 2012

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN

Assalamualaikum wbt...

PENGUMUMAN... pada 23 Julai 2012 (Isnin) akan diadakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan Peringkat SKBB. Pada majlis tersebut diadakan :
1) Taklimat Ihya' Ramadan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam
2) Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
3) Gimik
4) Persembahan
5) Doa Ramadan

Permintaan daripada Panitia Agama Islam

* Kepada murid yang berkesempatan, sila bawa lirik lagu "Harapan Ramadan" nyanyian Raihan & Manbai (klik Lirik Harapan Ramadan untuk dapatkan lirik) Lagu ini akan dinyanyikan bersama-sama semasa majlis nanti. Lirik untuk guru akan dibekalkan melalui buku program.
* Panitia Agama Islam menggalakkan semua murid bersedekah sepanjang bulan Ramadan. Duit yang terkumpul akan diagihkan kepada anak yatim dan mereka yang memerlukan. Justeru, kepada warga SKBB, sila sediakan duit untuk disumbangkan pada Isnin nanti kerana Tabung Ihya' Ramadan akan dilancarkan pada majlis tersebut.

Segala kerjasama, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian

Daripada,
Ustaz Noor Izzuddin

No comments:

Post a Comment