Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Jam 12.00 tengahari, keputusan UPSR tiba di sekolah. Guru menyemak keputusan sebelum diumumkan.
Hadiah kepada calon yang mendapat 5A
Ucapan dan ulasan daripada pentadbir berkenaan keputusan UPSR 2012
Pn Suziana (GPK1) menyerahkan slip keputusan kepada murid
Seperti dijanjikan oleh pihak sekolah, calon UPSR 5A mendapat hadiah basikal
Calon 5A dan 4A bergambar bersama guru
Juga bergambar bersama ibubapa. Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR SKBB 2012 di atas kejayaan dalam meningkat prestasi sekolah secara keseluruhan dalam UPSR tahun 2012. Tahniah juga murid-murid yang mendapat 5A dan 4A di atas kejayaan mendapat keputusan yang diharapkan. Tidak lupa juga kepada tenaga penggerak SKBB yang terdiri daripada guru-guru dengan kerjasama ibubapa penjaga di atas usaha murni. Hanya Allah jua mampu membalasnya. Semoga kita dapat meneruskan kerjasama dalam memastikan kecemerlangan ini pada masa-masa akan datang Insyaa Allah. Untuk melihat gambar lain sila klik KEPUTUSAN UPSR 2012

2 comments:

  1. Berapa orang dapat 5A dan berapa yang dapat 4A?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5A 9 orang, 4A 8 orang.. secara keseluruhannya peratusan meningkat dari tahun sebelumnya

      Delete