Saturday, April 7, 2012

DARIPADA ADMIN

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah izinNya, 6 April 2012, admin diberikan kekuatan olehNya untuk menyiapkan tapak blog SK Batang Benar. InsyaAllah penambahbaikan akan dibuat dari masa ke masa. Terima kasih kepada pihak pentadbir di atas amanah yang diberi dan admin cuba buat yang terbaik berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada.

Pembinaan blog ini bertujuan sebagai “platform” untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan SK Batang Benar kepada semua khususnya guru, murid, ibubapa penjaga dan masyarakat luar. Selain itu admin dalam proses untuk mewujudkan slot forum dalam blog ini untuk memudahkan interaksi antara guru, murid dan juga ibubapa penjaga. Bagi murid pula, insyaAllah akan ada “post” daripada guru-guru berkaitan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk anda semua. Semoga dengan wujudnya blog ini boleh memberikan banyak faedah dan manfaat kepada kita semua insyaAllah. Salam Ukhuwwah untuk semua. 
(Daripada Ustaz Izzuddin – Admin Blog SK Batang Benar)

No comments:

Post a Comment