Islam memandang tinggi
keindahan seni, lebih-lebih lagi seni khat yang berkait rapat dengan Kalamullah
dan sabda Rasulullah S.A.W. sehingga Allah S.W.T bersumpah di dalam Al-Quran
dengan pena dan tulisan yang bermaksud:
“Nun,
demi Qalam dan apa yang mereka tulis”.
(Surah al-Qalam : 1)
(Surah al-Qalam : 1)
Allah S.W.T dengan
segala sifat kesempurnaanNya amat menyukai keindahan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah Maha Indah dan suka kepada keindahan”.
(Riwayat al-Bukhari)
(Riwayat al-Bukhari)
Seni Khat merupakan
bidang kesenian Islam yang kudus dan penting dalam perkembangan tamadun
Islam. Dengannya, usaha memelihara Al-Quran yang dilakukan oleh
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat dapat
dilaksanakan.
Peranannya yang begitu penting, telah menjadikan gerakan dakwah Islamiyah dan
penyebaran ilmu Islam dapat dilakukan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Bacalah, dan Tuhan mu
Yang Maha Pemurah, yang mengajar dengan pena (dengan perantaraan Qalam). Dia
mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah al-‘Alaq : 3-5)
Mempelajari tulisan
juga penting kerana ia adalah satu cara untuk mencatat Kalamullah dan hadith,
bagi memastikan keberkekalan dan penyebarannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud: “Catatlah ilmu dengan tulisan”.
Ini memberi suatu
gambaran jelas akan peri pentingnya seni khat yang tidak hanya dilihat daripada
aspek kesenian dan peranannya sahaja malah juga daripada aspek kerohanian,
sebagai suatu uslub (pendekatan) untuk membentuk jiwa ke arah jalan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Ayat-ayat Al-Quran,
doa-doa daripada hadith, kata-kata ulama yang dicerna dan dijelmakan melalui
seni khat, menjadi suatu inspirasi dan motivasi bagi kita dalam menegakkan
amalan-amalan yang bersumberkan kepada Al-Quran, yang dituntun oleh Rasulullah
S.A.W juga para ulama. Tidak hanya dipandang dan menjadi hiasan semata-mata,
tetapi juga sebagai tatapan yang bisa menyentuh hati, seterusnya menjadi suatu
tazkirah (peringatan) untuk kita yang natijahnya membawa kepada membesarkan Allah
S.W.T serta merasa kemanisan beribadah.
Semoga dapat kita
sama-sama mengambil menfaat kearah kehidupan yang berseni dengan adanya seni
dalam penghidupan.
Untuk melihat lebih lanjut dan belajar khat, layari blog ini.
http://callidesign.blogspot.com/2012/05/keindahan-seni-khat.html
http://akudankhat.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment